Pages

Monday, May 17, 2010

Sejarah Sekolah

Pada awal Jan 1995, SATSP telah dibuka secara menumpang di SKTSP, 5 orang Guru Kerajaan dan 1 orang Guru Badan Kebajikan, Ia dibuka di atas permintaan penduduk Tmn Sri Pulai, kerana pada (1994) dan tahun sebelumnya, Ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke SA An Nur Batu 10 Skudai,, Permintaan untuk membuka SATSP ini disuarakan oleh penduduk kepada pengerusi BKSATSP ( iaitu Dr Ismail Bin Bakar ), Beliau telah membuat kaji selidik dan mendapati hanya 30% saja Ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar ke SA An Nur Batu 10 Skudai. Beliau serta beberapa AJK Badan Kebajikan telah mengajukan permohonan ke PPAD JB agar sekolah Agama dibuka dengan menumpang di SKTSP

Setahun selepas itu, pada awal Januari 1996, SATSP mempunyai tapak bangunan Sendiri terletak di Jalan Batai 4, bersebelahan Masjid Intan Abu Bakar. Lokasi yang unik ini telah mewujudkan hubungan baik dengan masjid terutama ketika menyambut majlis Sambutan Maulidur Rasul. Jenis tapak SATSP ini bukan tanah wakaf ( disediakan oleh pihak pemaju perumahan iaitu Kemajuan Besi Jaya Sdn Bhd. Setelah 14 tahun SATSP dibuka, kini ia mempunyai jumlah pelajar seramai 1410 orang serta 18 orang guru di bawah pimpinan guru besar Ustazah Sayah Binti Ahmad. Di waktu ini, SATSP mempunyai jumlah pelajar Darjah Khas seramai 132 orang